Tetap kuota wajib bumiputera bagi pemilikan aset komersial - Nazrul Izad - Utusan Malaysia

Tetap kuota wajib bumiputera bagi pemilikan aset komersial – Nazrul Izad

NAZRUL IZAD MOHD. ARSAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan perlu menetapkan kuota wajib bumiputera bagi pemilikan aset-aset komersial seperti rumah kedai, bangunan pejabat dan servis apartmen yang pada ketika ini tidak sampai 15 peratus dimiliki oleh golongan berkenaan.

Pengerusi Eksekutif NNA Land, Datuk Nazrul Izad Mohd. Arsad berkata, pemilikan majoriti aset-aset berkenaan ketika ini dikuasai bukan bumiputera.

“Sebagai contoh, servis apartmen mestilah mewajibkan kuota pemilikan bumiputera dan pihak bank sebagai pembiaya akhir pinjaman memberi kemudahan untuk pemilikan aset bumiputera.

“Bumiputera perlu peka untuk memiliki aset komersial untuk meneruskan penglibatan golongan ini dalam bidang ekonomi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nazrul Izad berkata, kerajaan melalui perbadanan kemajuan negeri atau lembaga hartanah perlu mengadakan kempen pemilikan aset komersial.

“Sebagai Pengerusi NNA Land, saya berazam untuk membina studio apartmen dan servis hotel serta menjual aset berkenaan kepada bumiputera untuk kempen pemilikan aset.

“NNA Land akan menjadi kontrakor bagi projek-projek komersial dibangunkan oleh Muhibah Aset Berhad yang merupakan syarikat berstatus awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN