Terusan Kampung Wai umpama berada di Grand Canyon

Terusan Kampung Wai umpama berada di Grand Canyon

PENGUNJUNG berkayak menelusuri terusan Kampung Wai di Kampung Wai, Kuala Perlis. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seolah-olah berada di Grand Canyon, Arizona, Amerika Syarikat (AS). Itu suasana di terusan Kampung Wai, Kuala Perlis di sini yang mempunyai pemandangan keindahan bukit batu kapur berusia lebih 500 juta tahun serta airnya yang kehijauan.

Terusan berkenaan yang menghubungkan sehingga empangan Timah Tasoh sejauh 22 kilometer termasuk melalui sebuah terowong sepanjang 765 meter di Bukit Tebing Tinggi, Bintong di sini menjadi antara tarikan baharu pelancongan di negeri ini yang cukup unik.

Selain menjadi lokasi me­nikmati pemandangan indah khususnya ketika musim angin timur ketika ini, ia juga menjadi tumpuan aktiviti berkayak menelusuri terowong di terusan berkenaan sehingga Kampung Tebing Tinggi, Bintong sejauh 765 meter.

Pengunjung, Rosnani Nazri, 40, berkata, keindahan terusan berkenaan seolah-olah seperti berada di Taman Negara Grand Canyon dan Perlis mempunyai lokasi seperti itu.

Katanya, aktiviti kayak me­nelusuri terusan berkenaan termasuk melalui sebuah terowong sepanjang 765 meter di kawasan berkenaan juga menjadi antara tarikan menarik di situ.

“Sepanjang terusan berke­naan kita akan menikmati pemandangan cukup indah dan kiri serta kanan terusan pula ialah bukit batu kapur berusia 500 juta tahun. Siapa sangka, Perlis mempunyai tempat se­perti ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Seorang peniaga di situ, Sa­riff Man, 65, berkata, daripada kawasan terusan projek tebatan banjir, namun keindahan kawasan sekelilingnya menarik kehadiran pengunjung.

Katanya, pengunjung bukan sahaja datang untuk bergambar kerana keindahan suasana di kawasan berkenaan khususnya sewaktu matahari terbenam sebaliknya turut menyertai akti­viti seperti kayak dan bot ronda yang disediakan.

“Pada cuti hujung minggu dan cuti persekolahan, kawasan terusan Kampung Wai ini penuh sesak dengan pengunjung. Kemudahan bot ronda dan kayak menelusuri terowong di sini juga sememangnya menjadi antara aktiviti tumpuan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan ne­geri, Abu Bakar Hamzah berkata, Kampung Wai kini menjadi satu lagi lokasi tarikan baharu pelancongan di negeri ini.

Katanya, keindahan kawasan di sini bukan sahaja menarik kehadiran pengunjung tempatan malah pelancong luar negara bagi menikmati suasana di terusan berkenaan.

“Suasana dan pemandangan di sini cukup menarik. Terima kasih juga kepada Jabatan Peng­airan dan Saliran (JPS) yang menyediakan fasiliti seperti bilik air dan surau untuk kemudahan pengunjung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya