Ternak itik, jual telur masin untuk besarkan empat anak

Ternak itik, jual telur masin untuk besarkan empat anak

ZURAINI Kamal (kanan) meninjau keadaan kereta digunakan Nor Aza Hamzah (kiri) ketika mengunjungi kediamannya di Kampung Senjana, Mukim Titi Gajah, Alor Setar, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Meskipun berde­pan pelbagai dugaan hidup, seorang ibu tunggal, Nor Aza Hamzah, 43, tidak sekali-kali mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga untuk menyara empat anak termasuk seorang daripadanya yang menghidap autisme

Dalam kepayahan itu juga, wanita cekal tersebut tidak pernah merungut untuk menjaga ibu mentuanya, Aishah Salleh, 75, serta seorang ibu saudaranya yang berdepan masalah jiwa.

Menurut Nor Aza, pelbagai usaha dilakukannya bagi menyara kehidupan setelah suaminya meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu akibat kanser buah pinggang.

“Antaranya saya menternak itik dengan telurnya dijadikan telur masin untuk dijual. Selain itu, saya turut mengambil upah menyiang ikan keli dengan bayaran kira-kira RM100 seminggu.

“Dengan wang itulah saya menyara keluarga. Ibu dan ayah saya sudah lama meninggal dunia dan ketika ini saya bersama anak-anak menumpang di rumah mentua.

“Walaupun serba kekurangan, apa pilihan yang saya ada?,” katanya ketika ditemui di kediamannya dekat Kampung Senjana, Mukim Titi Gajah di sini, semalam.

Ketika ini dia hanya memiliki sebuah kereta Perodua Kancil yang sering rosak dan dan banyan yang perlu diperbaiki.

“Itulah kereta yang saya gunakan untuk menghantar anak ke sekolah atau membawa ahli keluarga yang sakit ke hospital. Kereta ini pernah beberapa kali rosak di tengah jalan.

“Tetapi saya hanya mampu membaikinya sedikit demi sedikit. Kalau hendak beli kereta lain walaupun yang terpakai, memang tak mampu kerana saya langsung tiada wang simpanan selepas suami meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang mengunjungi keluarga tersebut berkata, keluarga itu sememangnya memerlukan perhatian dari orang ramai bagi membina kehidupan lebih baik.

“Kami pernah hadir membantu keluarga ini berikutan penyakit kanser yang dialami suami arwah suami Nor Aza.

“Melihat keadaannya kini, kami juga telah menyelesaikan hutang tertunggak sebanyak RM3,000 untuk dua anaknya yang belajar di sebuah sekolah agama di Kubang Pasu.

“Jika ada mana-mana pihak yang dapat membantu atau ingin menghadiahkannya sebuah kereta, kami sangat alu-alukan. Dia dan keluarga sememangnya amat memerlukan kenderaan tersebut untuk kegunaan harian,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam milik Nor Aza bernombor 02039024571709.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya