SEREMBAN: Badan kehakiman bukan institusi politik dan ia tidak boleh dan tidak akan melobi untuk meraih sokongan. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, sokongan daripada badan peguam amat diharapkan ketika institusi kehakiman di negara ini dihujani dengan serangan pelbagai pihak. Katanya, institusi itu juga tidak lazim membuat kenyataan akhbar untuk mempertahankan diri kerana para hakim diadili sepenuhnya dengan tugas dan penghakiman yang dibuat. “Tetapi ada masanya badan kehakiman menjadi bahan serangan. Siapa sangka bahawa institusi yang berfungsi melindungi ketidakadilan kelihatan seperti tidak berdaya (menahan serangan). “Pada masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya