Tekong darat sorok 10 PATI ditahan

Tekong darat sorok 10 PATI ditahan

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan anggota Batalion 7 PGA selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Chenerai, Pasir Mas, Kelantan, kelmarin-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Tindakan seorang lelaki yang menyorok 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) di dalam rumah di Kampung Chenerai, Alor Pasir di sini terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan semalam.

Serbuan pukul 5.30 pagi itu membawa kepada penahan dua lelaki, empat wanita dan selebihnya kanak-kanak warganegara Myanmar serta tekong.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau perjalanan sah masuk ke negara ini.

Menurutnya, kesemua mereka yang ditahan itu telah dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah di sini untuk tindakan lanjut.

“Kesemua PATI ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Lelaki yang merupakan pemilik rumah itu ditahan mengikut Seksyen 26H Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) selepas terlibat sebagai tekong,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya