Taska pusat jagaan bayi meninggal diarah tutup

Taska pusat jagaan bayi meninggal diarah tutup

Taska ditutup
BAYI lelaki berusia empat bulan dilaporkan meninggal dunia apabila dibawa ke hospital selepas berada di bawah jagaan pengasuhnya dekat Bandar Saujana Putra di Kuala Langat, Selangor, pada Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pusat asuhan menempatkan penjagaan bayi lelaki berusia empat bulan dekat Bandar Saujana Putra, Kuala Langat yang meninggal dunia pada Jumaat lepas diarah tutup dan menghentikan operasi sejak Isnin lalu

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim berkata, pihaknya diberitahu maklumat kejadian itu oleh polis pada Ahad lalu dan bertindak turut ke taska berkenaan sebelum mengarahkan premis tersebut ditutup.

“JKM dapat pemakluman dari pihak polis berhubung kes ini pada Ahad, 5 Januari. Pada Isnin 6hb, JKM turun ke taska dan mengarahkan taska menutup operasi mulai 7 Januari. JKM kemudiannya turun ke taska pada Isnin lalu dan mengarahkannya mulai kelmarin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang bayi dibawa ke sebuah klinik di kawasan samma dalam keadaan pucat dan kebiruan pada bibir dan bahagian kaki serta tidak memberikan reaksi pada anak matanya ketika disuluh dengan lampu.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada doktor yang bertugas di klinik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, bayi berusia empat bulan berkenaan berada dibawah jagaan pengasuh dari sebuah taska sebelum dibawa ke klinik berkenaan.

Menurutnya, polis menerima laporan daripada doktor yang bertugas di klinik berkenaan kira-kira pukul 3.39 petang dan diberitahu sudah melakukan usaha menyelamat bayi berkenaan sebelum merujuknya ke Hospital Cyberjaya.

“Doktor dari klinik di kawasab Bandar Saujana Putra itu mengatakan bayi berkenaan dibawa dalam keadaan pucat, kebiruan pada bibir dan kaki, tiada nadi dan nafas serta anak mata yang tidak menunjukkan reaksi ketika disuluh dengan lampu.

“Pengadu serta merta melakukan CPR dan memberikan bantuan oksigen sementara menunggu ambulans untuk dibawa ke Hospital Cyberjaya. Pihak hospital menerima bayi berkenaan kira-kira pukul 4.35 petang hari sama dan melakukan CPR lebih 30 minit sebelum disahkan maut pukul 5. 05 petang hari sama,” jelasnya.

Terdahulu tular hantaran dalam laman media sosial, X yang dibuat oleh seorang pengguna @mhmmdhsm dengan menyatakan rasa sedih terhadap nasib yang menimpa bayi berkenaan dan kedua ibu bapanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya