Tahun Baharu Cina: 500,000 kenderaan dijangka masuk Negeri Sembilan

Tahun Baharu Cina: 500,000 kenderaan dijangka masuk Negeri Sembilan

J. ARUL Kumar diiringi Hanif Yusabra bertemu pengguna jalan raya pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Pelancaran Op Tahun Baharu Cina 2025 di Hentian Rehat dan Rawat Seremban PLUS (arah selatan) di Seremban hari ini. UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jumlah kenderaan memasuki Negeri Sembilan dijangka bertambah sehingga 500,000 buah sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan berkata, jumlah itu merupakan pertambahan 50 peratus berbanding 250,000 kenderaan pada hari biasa.

“Sehubungan dengan itu, kami melaksanakan Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baru Cina (TBC) 2025 yang telah pun bermula Isnin lalu sehingga 9 Februari ini. 

“Fokus utama operasi ini adalah meningkatkan pematuhan peraturan dan undang-undang jalan raya dalam kalangan pengguna jalan raya dan mengaplikasikan pendekatan mendidik 

pengguna agar lebih berhemah sekali gus memastikan kelancaran lalu lintas dan mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Pelancaran Op Tahun Baharu Cina 2025 di Hentian Rehat dan Rawat Seremban PLUS (arah selatan) di sini, hari ini.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar. 

Sementara itu, Hanif Yusabra berkata, antara pendekatan dan strategi pihaknya bagi operasi kali ini adalah dengan meningkatkan rondaan terutamanya di kawasan hitam yang sering berlakunya kemalangan maut. 

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berwaspada ketika melalui tiga lokasi blackspot yang kerap berlaku kemalangan maut iaitu Jalan Port Dickson-Lubuk China, Jalan Seremban-Kuala Klawang-Simpang Pertang (Jelebu) dan Jalan Kuala Pilah-Seremban,” katanya.

“Selain itu terdapat 19 lokasi hotspot yang dijangka berlakunya kesesakan lalu lintas di negeri ini membabitkan enam di daerah Seremban, tiga di Port Dickson serta Nilai, masing-masing dua di Tampin dan Rembau, manakala satu lokasi di daerah Kuala Pilah, Jelebu dan Jempol,” katanya.

Beliau dalam pada itu, mengingatkan pengguna lebuh raya supaya peka dengan penggunaan SmartLane.

“Peka dengan papan tanda pemakluman selain lampu isyarat yang dinyalakan untuk membolehkan kenderaan melalui lorong-lorong kecemasan agar pergerakan lebuh raya lebih teratur dan lancar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya