Sultan Selangor cemar duli rasmi kilang Sekinchan Dim Sum

Sultan Selangor cemar duli rasmi kilang Sekinchan Dim Sum

Sekinchan Dim Sum
SULTAN Sharafuddin Idris Shah bersama Yong Fatt (dua, kanan) memegang glob sebagai simbolik perasmian kilang Sekinchan Dim Sum dekat Puncak Alam, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN /SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan kilang Sekinchan Dim Sum Sdn. Bhd. (Sekinchan Dim Sum) di Taman Perindustrian Eco, di sini, hari ini.

Baginda yang tiba di kilang berkenaan kira-kira pukul 11 pagi bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Mohammad Fahmi Ngah dan Pengarah Sekinchan Dim Sum, Chee Yong Fatt.

Setibanya di kilang, baginda dibawa Yong Fatt melawat pusat operasi serta kerja pemprosesan pembuatan makanan tersebut.

Sementara itu, Yong Fatt menzahirkan penghargaan terhadap Sultan Sharafuddin kerana berkenan merasmikan kilang syarikatnya hari ini, yang mana kilang tersebut telah beroperasi lebih setahun lalu.

“Sebelum ini, saya ada kilang di Sekinchan, Sabak Bernam sebagai pusat penghasilan dim sum. Namun melihat kepada peningkatan permintaan daripada pelanggan, saya kembangkan operasi di sini.

“Banyak pelaburan dibuat untuk menyewa kilang dan membeli beberapa peralatan membuat dim sum dan logistik. Namun, saya tidak boleh dedahkannya,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sekinchan Dim Sum memulakan perniagaan pada Disember 2020 dan sebab menjual makanan tersebut untuk memastikan beliau terus dapat menjalankan perniagaan, setelah perniagaan restorannya yang dilakukannya sebelum ini terpaksa ditamatkan akibat pandemik Covid-19 menyerang negara.

Setelah menceburi perniagaan tersebut, Yong Fatt tidak menyangka dim sum yang dijualnya itu mendapat permintaan tinggi daripada restoran dan hotel di seluruh Lembah Klang.

“Di sini kami mampu menghasilkan maksimum 40,000 keping dim sum setiap hari dan menyasarkan permintaan akan meningkat apabila mendapat pensijilan halal daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“Sasaran saya pada tahun ini juga untuk menembusi pasaran beberapa negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia,” ujarnya.

Susulan majlis perasmian, Sultan Sharafuddin bersama Permaisuri Norashikin meluangkan masa lebih dua jam di kilang berkenaan sebelum beredar kira-kira pukul 1.15 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya