Status quo jualan arak kekal, yang dilarang jangan beli - Kor Ming - Utusan Malaysia

Status quo jualan arak kekal, yang dilarang jangan beli – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Status quo atau dasar sedia akan dikekalkan berhubung isu penjualan arak di bawah setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, ketetapan sedia itu adalah bagi menjaga keharmonian berbilang kaum, selain mengingatkan mereka yang diharamkan mengambil arak jangan membeli minuman tersebut.

Jelasnya, perniagaan yang turut menjual minuman keras adalah berlesen, bukannya tidak sah di undang-undang selain para penjual juga membayar cukai.

“Negara kita adalah masyarakat berbilang kaum. Yang tak dibenarkan itu jangan belilah. itu sahaja. Kita tak boleh larang orang yang boleh minum, itu hak dia.

“Saya mahu politik yang membina, bukan politik yang membinasa. Bila kita terjurumus dalam pelbagai isu polemik, ia tidak membantu siapa pun, ia merugikan semua pihak. Tapi bagi saya kita akan maintain status quo waktu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita semasa majlis pecah tanah projek Pasar Pasir Pinji dan lawatan ke Pasar Canning di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan terdapat desakan di beberapa kawasan dalam Ipoh yang majoriti penduduk Melayu dan Islam menuntut supaya tiada penjualan arak di kawasan mereka dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyatakan perkara itu akan dikaji terlebih dahulu.

Gugusan Manjoi yang merupakan kawasan utama penduduk majoriti Melayu Islam di Ipoh telah dilarang penjualan arak sejak tahun 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya