JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan habeas corpus Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings (GISBH) Sdn. Bhd., Nasiruddin Mohd. Ali dan isterinya, Azura Md. Yusof yang difailkan pada 30 Oktober tahun lalu. Permohonan tersebut dibuat bagi mencabar penahanan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) selepas dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang. Hakim Datuk Abu Bakar Katar berkata, kedua-dua pemohon berada dalam Waran Menahan yang sah, sekali gus Writ Habeas Corpus telah menjadi akademik. “Mahkamah ini membenarkan bantahan awalan dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan mewakili…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya