Sebelah jalan Kampung Tengah ditutup bermula Selasa - Utusan Malaysia

Sebelah jalan Kampung Tengah ditutup bermula Selasa

SIM Chon Siang (tengah) meninjau keadaan jalan yang ditutup bagi memberi lakuan kepada kerja pembinaan loji rawatan kumbahan di Kampung Tengah di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebelah jalan di Kampung Tengah di sini akan ditutup bermula Selasa ini bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan pemasangan rangkaian paip pembetungan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Sim Chon Siang berkata, penutupan jalan itu melibatkan sembilan lokasi sepanjang 900 meter di jalan kampung berkenaan.

Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan loji rawatan berkenaan dijangka mengambil masa lima bulan.

“Namun saya harap kontraktor boleh siapkan secepat mungkin dalam tempoh tiga atau empat bulan. Saya menyeru penduduk Kampung Tengah dan pengguna laluan tersebut agar bersabar kerana projek ini bertujuan meningkatkan keselesaan pada masa akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Raya Kampung Tengah di sini hari ini.

Chong Siang berkata, kira-kira 4,500 penduduk di Kampung Tengah dan kawasan sekitar dijangka terkesan akibat kerja pembinaan terbabit.

“Saya meminta pihak kontraktor agar memastikan keselamatan pengguna jalan, khususnya pada waktu malam… perlu gunakan lampu. Kita tidak mahu sebarang kemalangan berlaku sepanjang perojek jni berlangsung,”ujarnya.

Pengarah Iswarabena Sdn. Bhd., Ir. Abd. Rahmad Yasir pula berkata, penutupan jalan akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan pengguna dapat menggunakan lencongan yang diberikan.

“Projek di Kampung Tengah adalah jajaran terakhir bagi pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan di Bandar Indera Mahkota yang dimulakan sejak Ogos 2022.

“Projek ini melibatkan pembinaan 33 loji sepanjang 20 kilometer dari Indera Mahkota 2 hingga Kampung Tengah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN