Sawah ditenggelami banjir akibat masalah kunci air

Sawah ditenggelami banjir akibat masalah kunci air

PESAWAH menunjukkan keadaan sawah yang tidak dapat diusahakan akibat ditenggelami banjir di Labu Kubong di Pasir Salak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Pesawah di Labu Kubong di sini menanggung kerugian apabila sawah mereka ditenggelami air dan sukar untuk surut berikutan masalah pembinaan kunci air yang belum siap.

Kawasan yang terlibat dengan masalah itu dianggarkan seluas 300 hektar menyebabkan padi rosak akibat lama terendam dalam air banjir.

Selain itu, banjir juga menyebabkan tanah sawah menjadi lembut dan jentera pemotong padi mudah terbenam dalam tanah.

Wakil pesawah Labu Kubong, Abdullah Salleh, 45, berkata, masalah sawah ditakungi air banjir sudah berlaku sejak beberapa bulan lalu berikutan pembinaan kunci air belum siap di kawasan berdekatan.

“Masalah ini sudah beberapa bulan berlaku. Kawasan yang terlibat agak luas iaitu kira-kira 300 hektar. Air yang tidak surut menyebabkan tanah menjadi lembut.

“Kerap kali jentera pemotong padi terbenam dalam tanah sehingga ada jentera yang rosak dan mengambil masa berhari-hari untuk dinaikkan.

“Keadaan banjir yang tidak surut ini menyukarkan pesawah untuk menanam padi, kami sudah menanggung kerugian yang besar akibat masalah ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, sebelum ini paling lewat tiga hari air akan surut namun sekarang sudah berbulan-bulan kawasan padi yang rendah menjadi kawasan takungan air.

Katanya, sejak mengusahakan sawah, ini kali pertama masalah itu berlaku berpunca daripada pembinaan kunci air yang belum siap.

“Apabila air tidak surut, bagaimana kami hendak menanam padi. Ini menjejaskan pendapatan kami dan berharap masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya