SEGAMAT: Hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi semalam mengakibatkan beberapa kediaman di Kampung Bukit Tunggal, di sini mula dilanda banjir. Seorang penduduk, Jamal Batong, 62, berkata, air mula memenuhi dalam rumahnya kira-kira pukul 4.30 pagi, memaksa keluarganya meninggalkan kediaman itu ke tempat yang selamat. “Saya sekeluarga antara mangsa terawal yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Bukit Tunggal setiap kali banjir melanda. “Esok sudah tahun baharu, seperti menyambut kedatangan tahun baharu dalam banjir. Kedudukan rumah saya yang berhampiran Sungai Jementah menyebabkan kawasan rumah selalu banjir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya