RM642 juta untuk bina rumah PPR di Kelantan

RM642 juta untuk bina rumah PPR di Kelantan

AIMAN Athirah Sabu (kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah semasa turun padang melawat projek PPR Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta untuk membina 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3,268 unit rumah PPR telah siap dibina.

Menurutnya, sehingga Disember lalu, kerajaan sudah dan sedang membina sebanyak 3,574 rumah PPR manakala 306 unit lagi masih dalam proses pembinaan.

“Kerajaan akan meningkatkan bilangan unit rumah PPR bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat yang semakin meningkat setiap tahun.

“Buat masa ini, sewa rumah PPR hanya sebanyak RM237 sebulan termasuk yuran penyelenggaraan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Bagi Peserta PPR Gual Ipoh di sini hari ini.

Aiman Athirah memberitahu, kedegilan penyewa membayar kos penyelenggaraan sebanyak RM12 sebulan menyukarkan kerajaan membaiki kerosakan atau menyelenggara segera rumah berkenaan.

Katanya, difahamkan, yuran penyelenggaraan rumah PPR mencecah RM700,000 ketika beliau mengadakan lawatan ke PPR Kota Bharu.

“Apabila penyewa tidak membayar yuran penyelengaraan, agak sukar kerja-kerja baik pulih kerosakan dijalankan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya