PUTRAJAYA: Sebanyak 8.3 juta penerima manfaat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 mula menikmati bantuan itu hari ini membabitkan peruntukan berjumlah RM2.3 bilion. Peruntukan itu meningkat daripada RM2.1 bilion tahun lalu, selepas kerajaan menaikkan kadar bantuan maksimum untuk isi rumah hampir 25 peratus kepada RM4,600 daripada RM3,700 tahun lalu. Kadar minimum untuk golongan bujang juga ditingkatkan sebanyak 20 peratus kepada RM600 daripada RM500 tahun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan peruntukan itu jauh melangkaui kadar inflasi negara, yang mencerminkan tekad kerajaan memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat bertambah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya