Rezeki di sebalik limpahan Sungai Golok

Rezeki di sebalik limpahan Sungai Golok

AZIZAH Abdullah mengangkat pukat ikan yang ditahan di belakang rumahnya di Kampung Lubok Gong Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Limpahan air Sungai Golok pada musim tengkujuh ini memberi rezeki kepada seorang warga emas dari Kampung Lubok Gong, di sini apabila pukatnya banyak memerangkap ikan.

Azizah Abdullah, 70, berkata, dia menahan pukat di belakang rumahnya sepanjang musim tengkujuh ini dan mendapat banyak ikan sungai seperti belida, turbo, lampam jawa atau baung.

“Dua kali sehari saya mengemudi perahu untuk mengangkat ikan darat ini. Ketika musim banjir, air Sungai Golok melimpah ke tebing dan ikan-ikan terperangkap di pukat yang ditahan,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Azizah, ikan sungai dijual antara RM14 hingga RM24 sekilogram bergantung kepada saiz dan jenis.

Katanya, Sungai Golok adalah lubuk rezekinya kerana sudah berpuluh tahun menetap di pinggir sungai berkenaan.

“Sudah 20 tahun mencari pendapatan dengan menahan pukat. Tak kira musim sama ada banjir mahu pun kemarau saya turun ke Sungai Golok untuk menangkap ikan. Tetapi musim tengkujuh mendatangkan rezeki lebih lumayan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya