GUA MUSANG: Replika al-Quran gergasi tulisan tangan seorang warganegara Thailand memaparkan ayat daripada surah al-Baqarah yang terletak di hadapan Masjid Buluh di sini, menjadi tumpuan pengunjung setiap hari. Pengerusi Masjid Buluh, Ibrahim Mat, 72, berkata, pihaknya tidak menyangka replika setinggi 6.4 meter dan lebar 7.3 meter itu menjadi tular dalam media sosial dan menerima kunjungan tidak putus-putus daripada pengunjung. Katanya, pembinaan replika al-Quran gergasi yang pertama di Malaysia itu dimulakan sejak lebih tiga bulan lalu dan potongan ayat 164 sehingga 176 daripada surah al-Baqarah ditulis oleh seorang lelaki dari Selatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya