Remaja pilih TVET lebih jamin karier masa depan - Utusan Malaysia

Remaja pilih TVET lebih jamin karier masa depan

PELAJAR yang mengikuti kursus kemahiran TVET dalam bidang pendinginan hawa di Kolej Teknikal Sri Ayu di Kampar, Perak. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Kemahiran melalui Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Kolej Teknikal Sri Ayu di sini menjadi pilihan dua remaja ke­rana lebih menjamin karier pada masa depan.

Pelajar sijil kemahiran ber­kaitan penyamanan udara di Kolej Teknikal Sri Ayu, Muhammad Haikal Mohd. Jaisi, 17, memilih kemahiran dalam bidang penyamanan udara kerana pasaran kerja dalam bidang ber­kenaan adalah luas.

Katanya, hampir semua sektor pekerjaan dilengkapi alat pendingin hawa dan sudah tentu memerlukan individu mahir untuk memasang dan menyelenggara peralatan itu secara berkala.

“Kadar bayaran perkhidmatan juga agak tinggi dan ada kalanya melebihi pendapatan golongan eksekutif, justeru saya bercadang membuka perniagaan dalam bidang ini pada masa depan,” katanya yang turut memperoleh wang tambahan dengan melakukan kerja-kerja pemasangan dan membaiki alat pendingin hawa semasa cuti hujung minggu atau cuti semester.

Kata Muhammad Haikal, de­ngan cara itu dia dapat menambah wang untuk perbelanjaan semasa yang membolehkannya menabung sebagai modal memulakan perniagaan kelak.

“Ilmu kemahiran ini sangat menguntungkan kerana kerana dapat menjimatkan wang membayar upah kepada orang lain bagi kerja pemasangan atau membaiki sesuatu peralatan elektrik kerana ia sebenarnya mudah dan tidaklah serumit yang disangkat,” kata pelajar asal Tanjung Karang, Selangor ini.

Sementara itu, Rahman Habib, 17, dari Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor, berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sehingga di Pusat Latihan Peng­ajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar dalam bidang pendinginan udara.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN