Raja Muda Perlis kayuh basikal seluruh kampung agih zakat RM33j

Raja Muda Perlis kayuh basikal seluruh kampung agih zakat RM33j

PROGRAM kayuhan MAIPs diketuai Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) yang diperkenalkan sejak 2013 berjaya mengagihkan sumbangan zakat sebanyak RM33,195,600 membabitkan 51,028 penerima secara keseluruhan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Program kayuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diperkenalkan sejak 2013 berjaya mengagihkan sumbangan zakat sebanyak RM33,195,600 membabitkan 51,028 penerima secara keseluruhan.

Ia membabitkan bilangan kayuhan sebanyak 978 kali diketuai sendiri Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs, yang memasuki seluruh pelosok kampung.

Pada tahun lalu, Tuanku Syed Faizuddin telah mengetuai sebanyak 111 kali kayuhan program itu dengan menyaksikan seramai 5,563 golongan asnaf disantuni membabitkan sebanyak RM3,894,100 telah diagihkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd Noor berkata, program kayuhan MAIPs peduli tersebut bukan sekadar simbolik sebaliknya sebuah gerakan transformasi yang melibatkan semua pihak dalam membantu golongan asnaf.

Katanya, pencapaian tersebut membuktikan komitmen MAIPs untuk terus turun ke lapangan bersama masyarakat dan rakyat negeri ini.

“Saya juga menzahirkan rasa bangga atas dedikasi Tuanku Syed Faizuddin dan sokongan padu pelbagai pihak terhadap program berkenaan.

“Inisiatif ini adalah peluang terbaik untuk mendekati masyarakat dan memahami cabaran mereka (rakyat) secara langsung,” katanya di sini semalam.

Mohd Nazim berkata, menerusi kayuhan itu, MAIPs juga dapat mengenal pasti keperluan sebenar masyarakat dan menyampaikan bantuan dengan lebih efektif.

Katanya, ia juga sebahagian daripada visi MAIPs untuk terus relevan dan disayangi rakyat.

“Program ini turut melibatkan kerjasama erat pemimpin kariah seperti amil, pegawai dan ahli jawatankuasa masjid selain mendapat sokongan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jabatan Pendidikan negeri, dan Jabatan Kesihatan negeri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya