Tanaman bawang tempatan disasar jimat kos import RM300 juta

Projek tanaman bawang tempatan disasar jimatkan kos import RM300 juta

Tanaman bawang
MOHAMAD Sabu menunjukkan hasil tuaian bawang ros yang dituai dekat tapak Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan PKPS di Selangor Fruit Valley, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN /SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Projek tanaman bawang di seluruh negara disasar untuk mengurangkan kebergantungan kepada import bahan makanan itu pada 30 peratus atau penjimatan sebanyak RM300 juta.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ketika ini, negara mengimport sehingga RM900 juta bawang dari negara luar terutama India bagi memenuhi permintaan dalam pasaran tempatan.

Menurutnya, sasaran itu mampu dicapai apabila tuaian seperti yang dilakukan di negeri ini melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mencapai 96 tan metrik bagi satu hektar ladang bawang.

“Cuma di Selangor PKPS sudah jual, maknanya dibuat secara berskala besar, bukan hanya rintis, tetapi 25 ekar (10.1 hektar), itu adalah perusahaan. Sekarang harga dari ladang dalam RM3.50, di pasaran kita dapat jual RM6 berbanding bawang import RM7 hingga RM10.

“Sehektar (ladang) sekitar 96 tan hasil tuaian. Kalau jual borong mungkin dapat lebih tinggi. Kita akan cuba di semua negeri, nampak banyak tempat yang sesuai macam di sini kita lihat kawasan yang agak berbukit tetapi tanahnya amat sesuai dengan tanaman bawang,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan PKPS, hari ini.

Tambahnya, ketika ini projek tersebut dijalankan di Perak, Pulau Pinang, Kelantan serta Kedah dan akan diteruskan di setiap negeri bagi mencapai sasaran 30 peratus.

Mohamad Sabu memberitahu, projek tersebut juga mampu menjadi galakan kepada individu yang berminat dalam pertanian untuk mengusahakan tanaman bawang sebagai kerjaya kerana terdapat permintaan tinggi pada sumber makanan itu.

“Kejayaan PKPS, mereka jual di pasar-pasar mereka dan juga di tempat lain.Kita nampak bawang boleh jadi satu usaha baharu pada tahun ini dan tahun depan dan ia tak perlu kawasan yang luas, satu dua hektar sudah boleh tuai tiga kali setahun dengan satu ekar (o.4 hektar) lebih daripada empat tan.

“Kalau dijaga dengan baik, kita harap kita dapat mengurangkan import, dapat jimat kira-kira RM300 juta daripada wang kita keluar dari negara dan para petani juga boleh jadikan tanaman bawang satu kerjaya mereka. Ertinya itulah satu kerjaya pada masa hadapan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya