Projek kereta kabel Bukit Bendera berjalan ikut jadual - Utusan Malaysia

Projek kereta kabel Bukit Bendera berjalan ikut jadual

ILUSTRASI artis mengenai reka bentuk kereta kabel Bukit Bendera di Pulau Pinang yang akan menjadi pengangkutan alternatif selain perkhidmatan kereta api funikular yang digunakan ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Projek pembinaan kereta kabel Bukit Bendera yang bermula sejak hampir tiga bulan yang lalu dijangka siap mengikut jadual iaitu menjelang suku ketiga tahun hadapan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, beliau difahamkan ketika Ini, kerja-kerja pembinaan projek tersebut masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang isu berbangkit.

“Isu itu memang ada tapi sikitlah, misalnya, peniaga atau penjaja (yang terkesan akibat pembinaan projek tersebut). Tapi, tidak ada masalah sebenarnya kerana dalam Parlimen saya (Bukit Bendera), ADUN-ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kuat bekerja.

“Ya, projek ini memang mendapat tentangan daripada beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) pada peringkat awal, tapi, projek ini (kereta kabel) memang sangat-sangat diperlukan ketika ini terutamanya ketika musim cuti sekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Majlis perasmian dan pecah tanah untuk projek kereta kabel itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Botani di sini, pertengahan tahun lepas.

Projek kereta kabel itu diilhamkan oleh Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dengan kerjasama daripada Kumpulan Hartasuma Sdn. Bhd.

Jajaran kereta kabel ini akan bermula dari stesen Taman Ekonomi yang sedia ada di Taman Botani Pulau Pinang dan berakhir di puncak Bukit Bendera, di belakang Balai Polis Bukit Bendera.

Laluan kereta kabel ini adalah sepanjang 2.73 kilometer (km) dan akan dilengkapi dengan 50 gondola lapan tempat duduk, dengan masa perjalanan kurang
dari 10 minit.

Mengulas lanjut, Syerleena berharap, apabila siapnya projek itu nanti, lambakan pengunjung yang sebelum ini menggunakan perkhidmatan funikular untuk ke puncak Bukit Bendera itu dapat dialihkan kepada perkhidmatan lain iaitu kereta kabel.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya