Polis siasat doktor guna gelaran Datuk Seri palsu - Utusan Malaysia

Polis siasat doktor guna gelaran Datuk Seri palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menyiasat seorang doktor yang dipercayai menggunakan gelaran Datuk Seri secara tidak sah, selain memberi rawatan tanpa tauliah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. Anbalagan berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan hantaran dalam media sosial berhubung isu tersebut semalam.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang mengesahkan sudah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki bergelar doktor dan mendakwa dirinya bergelar Datuk Seri.

“Individu terbabit dikatakan memberikan rawatan ayurveda di sebuah premis di Bandar Puchong Jaya, Puchong, tanpa memiliki lesen sah atau pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Kesalahan Yang Berhubungan dengan Anugerah 2017 kerana kesalahan menggunakan gelaran tidak diiktiraf.

Jelasnya, hasil maklumat yang diperolehi, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah menyerbu premis tersebut semalam.

“MBSJ mengesahkan premis berkenaan tidak mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan.

“Tindakan notis dan sitaan telah diambil oleh pihak MBSJ terhadap premis berkenaan,” katanya.

Anbalagan turut menegaskan kes berkenaan masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya