Polis jumpa senjata di kediaman proses ketum - Utusan Malaysia

Polis jumpa senjata di kediaman proses ketum

LOKASI memproses ketum yang juga digunakan sebagai tempat menyimpan beberapa senjata berbahaya di sebuah kediaman di Lintang Bayan 6, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Penahanan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran air ketum membawa kepada penemuan senjata berbahaya menerusi serbuan di kediamannya di Lintang Bayan 6 di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Barat Daya, Superintenden Nermaljit Singh Bakhtawar Singh berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditahan hasil risikan dan maklumat daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaan, kita menemui pelbagai senjata yang berada dalam simpanan suspek antaranya dua pucuk mesingan automatik palsu, pedang samurai dan kerambit.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek memaklumkan senjata terbabit adalah untuk jualan dalam talian.

“Bagaimanapun, kita akan melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sama ada suspek terlibat dalam kes jenayah lain,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, suspek yang bekerja sebagai penghantar e-hailing mengaku menjadikan rumahnya sebagai lokasi pemprosesan ketum dan ketika serbuan, polis menemui lebih 600 bungkus air ketum yang telah siap diproses.

“Suspek akan masak, bungkus air ketum dan menggunakan kenderaan sendiri untuk mengedarkannya ke beberapa lokasi yang mempunyai permintaan antaranya Georgetown dan Teluk Bahang.

“Alasan kegiatan itu dilakukan adalah untuk menjana ekonomi malah suspek memaklumkan turut memperolehi pendapatan lebih kurang RM8,000 sebulan.

“Suspek juga tinggal bersama isteri keduanya yang berusia 30-an di kediaman terbabit,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya