Polis buru pemuda rogol remaja 15 tahun hingga hamil - Utusan Malaysia

Polis buru pemuda rogol remaja 15 tahun hingga hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Remaja perempuan mengandung 10 minggu selepas dirogol kenalan lelakinya di kediaman suspek pada hujung tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat doktor yang merawat mangsa pada pukul 12.12 tengah malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa berusia 15 tahun itu berkenalan dengan suspek berusia 20-an sejak November lalu.

“Bermula dari perkenalan itu mereka melakukan hubungan seks di rumah suspek,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Wan Azlan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek sedang dikesan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk membantu siasatan.

“Jika terdapat sebarang maklumat berkaitan kejadian, orang ramai boleh berhubung dengan Inspektor Vanitha T. Balakrishnan di talian 017-2229832 atau 03-7862 7222,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya