BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mendedahkan hampir menjadi mangsa penipuan suara yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menyamar sebagai pemimpin asing. Paetongtarn yang berkongsi insiden itu dalam mesyuarat Kabinet berkata, penipuan itu menunjukkan kecanggihan dan kelicikan taktik jenayah dalam teknologi. “Saya sendiri hampir menjadi mangsa. Perkara ini amat penting untuk diberi perhatian. “Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat mengambil alih kes ini. Kita perlu mengakui bahawa bentuk penipuan semakin maju dan licik,” katanya seperti dilapor Bangkok Post. Pelaku dikatakan menggunakan teknologi AI untuk memalsukan suara seorang pemimpin asing yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya