PM serah peruntukan lebih RM20 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina - Utusan Malaysia

PM serah peruntukan lebih RM20 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina

ANWAR Ibrahim (depan, tiga dari kiri) memegang replika cek sebagai tanda simbolik penyerahan peruntukan kepada 63 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di seluruh negara di Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan memperuntukkan RM20,160,000 untuk diagihkan kepada 63 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di seluruh negara sebagai tanda menghargai khidmat bakti mereka selama ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri akan menyerahkan bantuan tersebut kepada sekolah-sekolah berkenaan berbanding mewakilkan kepada pihak lain sebelum ini.

“Kita (kerajaan) hargai khidmat dan kesetiaan mereka untuk menyesuaikan kurikulum sekolah, menghormati bahasa kebangsaan dan mengangkat martabat rakyat secara keseluruhannya.

“Jadi, kita bagi setiap sekolah (peruntukan hampir sama). Tapi, untuk Jit Sin (Sekolah Menengah Persendirian), saya ada ‘masalah’ sikit. Ini sebab usaha dan jasa mereka (yang banyak). Jadi, untuk Jit Sin, saya luluskan (peruntukan) RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi lawatannya ke sekolah tersebut hari ini dengan ditemani Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Untuk rekod, Anwar pernah menjadi guru sandaran Bahasa Melayu di sekolah yang terletak di tengah-tengah pekan Bukit Mertajam itu selepas menamatkan pengajiannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar suatu ketika dahulu.

Jelas Ahli Parlimen Tambun itu lagi, Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin sangat dekat di hatinya hingga ke hari ini.

“Saya mengajar sini satu tahun tidak ada yang paksa saya untuk meninggalkan minat saya untuk menguasai bahasa dan budaya Melayu. Bagi saya, itu pengalaman yang sangat berharga bagi saya,” kata Anwar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya