Piket Kakitangan SUHAKAM tangguh, Cuepacs sedia runding cari penyelesaian - Utusan Malaysia

Piket Kakitangan SUHAKAM tangguh, Cuepacs sedia runding cari penyelesaian

SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia (Suhakam)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rancangan piket pekerja Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang dijadualkan berlangsung hari ini berjaya dihentikan selepas campur tangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presiden Cuepacs, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, hasil rundingan dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja SUHAKAM (KPPSHM), semua pekerja SUHAKAM bersetuju untuk tidak meneruskan piket yang dirancang.

Kata beliau, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja-pekerja SUHAKAM kerana tidak meneruskan tindakan piket atas nasihat daripada Cuepacs.

“Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri sangat prihatin terhadap kebajikan pekerja. Justeru, tindakan piket bukanlah jalan terbaik pada ketika ini.

“Ini kerana Cuepacs melihat kaedah rundingan dan perbincangan boleh lagi dilakukan bagi menyelesaikan kemelut atau isu yang berbangkit melibatkan kebajikan pekerja-pekerja SUHAKAM,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, pekerja-pekerja SUHAKAM dan KPPSHM juga sudah meminta bantuan dan berharap pihaknya dapat membantu menyelesaikan tuntutan serta permasalahan yang dihadapi mereka.

Katanya, difahamkan tindakan piket yang mahu dilakukan adalah disebabkan beberapa perkara membabitkan tuntutan kenaikan gaji dan sistem penilaian prestasi yang berbeza.

“Perkara ini akan dibawa untuk rundingan bersama dengan SUHAKAM bagi menyelesaikan permasalahan secara menyeluruh dan memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat.

“Justeru itu, pihaknya memohon Pengerusi SUHAKAM dan Jabatan Perdana Menteri dapat memberi ruang yang terbuka supaya proses perundingan dapat dilakukan segera bagi mengelakkan isu ini berterusan dan tidak mencapai titik persefahaman.

“Pada masa sama, pihaknya menyeru semua warga kerja SUHAKAM untuk terus berkhidmat seperti biasa dan dengan penuh profesional sementara rundingan dapat dijalankan dengan baik serta harmoni,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya