Petugas APM cedera di muka ambulans langgar boom kren

Petugas APM cedera di muka ambulans langgar boom kren

Ambulans APM
PETUGAS ambulans APM cedera selepas kenderaan dinaikinya melanggar besi boom sebuah kren dekat Teluk Panglima Garang, di Kuala Langat, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Sekumpulan petugas ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka itu melanggar bahagian boom sebuah kren di Teluk Panglima Garang, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.15 petang dekat Jalan Garuda, Batu 9, Kebun Baru itu, menyebabkan seorang petugas wanita berusia 20-an yang berada di bahagian belakang ambulans mengalami kecederaan di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, kemalangan berlaku apabila kren berkenaan berhenti di simpang tiga jalan berkenaan ketika dalam perjalanan dari arah Jalan Merak menuju ke Klang.

“Ketika sedang menunggu untuk keluar simpang, sebuah ambulans APM tiba dari arah Rimbayu menuju ke Sijangkang sedang bergerak terus sebelum melanggar bahagian besi kren (boom) yang terjulur ke hadapan laluan ambulans.

“Lantaran itu, ambulans berkenaan mengalami kerosakan pada bahagian bounded belakang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun pemandu kedua-dua kenderaan masing-masing berusia 40-an dan 50-an tidak mengalami kecederaan, sementara petugas wanita pula dihantar ke hospital Banting untuk menerima rawatan.

“Kes disiasat dan diklasifikasi di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Mohd. Akmarizal turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Atau menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Inspektor Mohd. Sohairi Manaf di talian 019-9993077 atau ibu pejabat 03-31872222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya