DHAKA: Perkhidmatan rangkaian kereta api di Bangladesh disambung semula pada Rabu, selepas pekerja menamatkan mogok tanpa had yang bermula sejak semalam. Mogok yang bertujuan menuntut faedah kerja lebih masa bersama pencen itu, menyebabkan gangguan kepada penumpang dan perniagaan. “Perkhidmatan kereta api di seluruh negara kembali normal selepas kakitangan Kereta Api Bangladesh menamatkan mogok mereka,” kata jurucakap Kementerian Kereta Api. Mogok itu menjejaskan kira-kira 400 kereta api penumpang, termasuk lebih 100 perkhidmatan antara bandar, serta lebih 30 kereta api kargo. Ribuan penumpang terkandas dan ramai terpaksa mencari pengangkutan alternatif, mendorong kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya