WASHINGTON: Perjanjian gencatan senjata di Gaza hampir dimuktamadkan dan mungkin akan selesai pada minggu terakhir pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden. Perkembangan itu dimaklumkan penasihat keselamatan negara Rumah Putih, Jake Sullivan, semalam. “Kita hampir mencapai perjanjian dan boleh diselesaikan minggu ini. “Saya tidak membuat janji atau ramalan, tetapi ia boleh dicapai dan kami akan berusaha untuk merealisasikannya,” kata Sullivan kepada pemberita. Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad dan menghubungi pemerintah Qatar yang bertindak sebagai pengantara, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, semalam ketika rundingan semakin ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya