Perhilitan pantau buaya Sungai Klang

Perhilitan Selangor pantau buaya Sungai Klang

Buaya Sungai Klang
TANGKAP layar rakaman video seekor buaya berenang berdekatan Jambatan Kota, yang dirakam seorang pemancing, di Klang, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor akan membuat pemantauan berkala di Sungai Klang susulan tular sebuah video yang memaparkan kelibat seekor buaya di sungai berkenaan, beberapa hari lalu.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kemunculan ‘Sang Bedal’ di sungai berkenaan oleh orang awam pada Selasa lalu.

“Pada 21 Januari lalu, sepasukan kakitangan Perhilitan Daerah Shah Alam telah pergi ke lokasi aduan bagi tujuan pemantauan dan pengesahan.

“Perhilitan telah menjalankan pemantauan termasuk pada waktu malam bagi melihat situasi sebenar dan setakat ini, tiada kelibat buaya kelihatan semasa pemantauan dijalankan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai yang ternampak kelibat buaya supaya menghubungi Perhilitan di talian hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.

Malah Wan Mohd. Adib meminta menegaskan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri seperti menangkap atau membunuh buaya tersebut sekiranya terserempak dengan binatang itu sekali lagi.

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi 40 saat yang memaparkan kelibat seekor buaya berenang berhampiran Jambatan Kota, di sini yang dirakam oleh seorang pemancing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya