Peranan belia bentuk masa depan dunia - Anwar - Utusan Malaysia

Peranan belia bentuk masa depan dunia – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golongan belia dan anak muda mempunyai peranan yang penting dalam mencorak masa depan dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, generasi muda perlu memegang erat nilai-nilai kemanusiaan serta cepat mengadaptasi perubahan teknologi yang semakin pesat termasuk kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar.

“Golongan muda perlu bersedia menghadapi cabaran yang datang dengan perubahan teknologi yang pesat.

“Kekuatan mental dan fizikal mereka sangat penting dalam usaha membentuk negara yang mampan dan berdaya saing demi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada Youth For Sustainability Forum sempena Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Anwar turut menghadiri sesi ADSW Summit Plenary, di mana beliau mengutarakan suara Malaysia mengenai masa depan ASEAN.

Katanya, negara-negara di rantau ASEAN perlu bersatu padu dalam mempromosikan kawasan tersebut sebagai sebuah blok yang cemerlang sama ada dari segi ekonomi mahupun budaya.

Dalam kesempatan tersebut, Anwar turut berkongsi inisiatif Malaysia dalam mempromosikan pembangunan ekonomi sejagat.

“Kita perlu tahu pentingnya pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan dan sistematik untuk meningkatkan imej dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya