PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan perlu berunding dengan semua persatuan dan kesatuan yang berdaftar serta mewakili profesyen perubatan bagi memincangkan isu berkaitan Waktu Bekerja Berlainan (WBB).
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Dr. Adnan Mat berkata, penyelesaian isu berkenaan perlu dilaksanakan dalam situasi menang-menang antara pihak berkepentingan .
Menurutnya, semua petugas kesihatan perlu memberi kerjasama penuh kepada pihak kementerian agar tidak membuat sebarang kenyataan bersifat provokasi.
“Isu ini perlu diselesaikan segera di meja rundingan secara profesional dan bukannya di media sosial agar perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.
“Semua petugas kesihatan dinafikan memberi kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan agar tidak membuat sebarang kenyataan bersifat provokasi bagi menggugat keharmonian hubungan pekerja dengan majikan. Cuepacs percaya polemik yang berlaku ketika ini akan dapat ditangani dengan situasi menang-menang untuk semua pihak,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebagai rekod WWB adalah cadangan perubahan aturan jadual kerja yang dibina petugas Kementerian Kesihatan.
Antara cadangan pelaksanaan dalam WWB ialah mengurangkan jumlah waktu bertugas yang kini mencecah 99 jam seminggu, dengan tiga kali atas panggilan seminggu, kepada maksimum 72 jam seminggu. – UTUSAN