Penternak bantah notis, gesa kerajaan sedia tempat baharu

Penternak bantah notis, gesa kerajaan sedia tempat baharu

LEBIH 100 penternak berhimpun secara aman bagi membantah notis pemindahan ternakan lembu mereka di atas tanah milik SD Guthrie, di Shah Alam, Selangor, semalam. – UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 176 penternak di seluruh Selangor meminta kerajaan negeri menyediakan tempat baharu bagi meneruskan perusahaan ternakan lembu mereka apabila menerima notis pengusiran daripada pemilik tanah, Sime Darby (SD) Guthrie pada 31 Disember lalu.

Mereka mendakwa kesal dengan notis tersebut yang disifatkan sebagai terlalu tergesa-gesa dengan memberi tarikh akhir pemindahan pada 31 Januari ini.

Penyelaras Gabungan Penternak Marhaen Nasional, R. Vijayagandi, 49, berkata, para penternak terutama di Sabak Bernam dan Kuala Selangor terkejut apabila diarahkan berpindah walaupun sudah mengusahakannya sejak 50 tahun lalu di kawasan berkenaan.

“Kebanyakan penternak adalah penduduk setempat yang menjalankan penternakan tenusu dan daging lebih tiga generasi. Justeru, penternak menyeru kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari membatalkan notis yang dikeluarkan.

“Kerajaan negeri juga diharap tidak meminggirkan para penternak yang merupakan penyumbang ekonomi dan jaminan makanan,” katanya dalam perhimpunan aman penternak lembu SD Guthrie, semalam.

Terdahulu, lebih 100 individu terdiri daripada penternak lembu di enam ladang sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor berhimpun secara aman di hadapan pintu masuk Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, hanya 12 daripada mereka termasuk Vijayagandi dibenarkan masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu bagi menyerahkan memorandum.

Antara tuntutan dikemukakan adalah meminta Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Rizam Ismail menarik balik kenyataan, menggesa campur tangan kerajaan negeri membatalkan notis dan menghamonikan aktiviti penternakan dan perladangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya