Penjawat awam direman lima hari, disyaki terima sogokan RM50,000 - Utusan Malaysia

Penjawat awam direman lima hari, disyaki terima sogokan RM50,000

SUSPEK diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Terengganu -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam ditahan reman lima hari  bermula hari ini kerana disyaki menerima sogokan sebanyak RM50,000 sebagai balasan bantuan mendapatkan projek di sebuah universiti awam di negeri ini.

Perintah reman dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd Roslan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 1 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu.

“Suspek disyaki menerima rasuah kira-kira RM50,000 sebagai balasan menyokong dan memperakukan dokumen tuntutan bayaran bagi lima projek di sebuah universiti awam di negeri ini dengan nilai keseluruhannya berjumlah kira-kira RM500,000.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 dan 2024 dengan menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik isterinya.

“Suspek ditangkap bersama isterinya semalam tetapi isterinya telah dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Kita tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan selepas ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN