Pengusaha lori samseng boleh dibatal lesen, denda RM250,000 - Utusan Malaysia

Pengusaha lori samseng boleh dibatal lesen, denda RM250,000

MUHAMMAD Kifli Ma Hassan (depan) memeriksa muatan lori treler yang ditimbang di JPJ Cawangan Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Dibatalkan lesen perniagaan dan denda sehingga RM250,000 boleh dikenakan terhadap pengusaha lori yang menghalang tugas anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, tindakan tegas itu boleh diambil di bawah Seksyen 234(c) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan pengusaha lori mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menghormati undang-undang jalan raya.

Katanya, tindakan di bawah seksyen berkenaan boleh diambil terhadap pengusaha lori yang menghalang tugas penguatkuasa termasuk mengarahkan pemandu meninggalkan lori di tepi jalan bagi mengelak kenderaan di bawa ke pusat timbangan JPJ.

Beliau berkata, pihaknya juga menerima laporan ada pengusaha lori merosakkan sistem GPS supaya kenderaan mereka tidak dapat dihidupkan untuk dibawa ke cawangan JPJ untuk diuji timbang berat.

Katanya, pengusaha lori juga dikatakan mengugut pemandu trak penunda supaya tidak bekerjasama dengan pihak JPJ bagi menunda kenderaan mereka ke Pusat Timbang JPJ.

“JPJ memandang serius insiden ini yang bukan sahaja mencabar undang-undang tetapi menggugat keselamatan dan kelancaran lalu lintas.

“Kita akan membuka kertas siasatan ke atas syarikat pengangkutan terbabit dan menyerahkan kes kepada Timbalan Pendakwa Raya. Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 234(c) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD),” katanya dalam operasi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara di Changkat Jering hingga Semanggol dan lebuh raya WCE di sini hari ini.

Menurutnya, Seksyen 234(c) APAD pertama kali akan digunakan untuk memastikan tindakan tegas diambil terhadap pengusaha lori yang berlagak samseng.

Kata beliau, sekiranya didapati bersalah, pengusaha lori boleh dikenakan hukuman denda maksimum sehingga RM250,000 dan lesen pengendali dibatalkan.

“Bukan hanya pengusaha, pemandu yang meninggalkan lori di tepi jalan dan enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan juga tidak akan terlepas daripada diambil tindakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya