Pengendali makanan di IPTA disaran sediakan makanan sihat - Utusan Malaysia

Pengendali makanan di IPTA disaran sediakan makanan sihat

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara disarankan menyediakan hidangan makanan yang seimbang dan sihat untuk mahasiswa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyediaan makanan yang seimbang dan sihat perlu menjadi keutamaan oleh semua pengendali makanan di IPTA.

“Sebagai penyedia makanan tentunya perkara utama yang harus diberi penekanan adalah bagi memastikan makanan disediakan bukan sahaja enak dan mengenyangkan.

“Tetapi ia turut memberi manfaat kepada kesihatan para pelanggan khususnya pelajar,” katanya ketika berucap bagi merasmikan Kuali Cafe@Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.

Turut hadir sama adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak dan Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyarankan pengendali makanan di seluruh IPTA untuk memberi sokongan terhadap kemampanan pengurusan sisa.

“Saya harap UKM akan menjadi contoh di mana tidak ada pembaziran dan pembuangan makanan. Kita tidak mahu sampah sarap terutama bahan-bahan yang akan mengganggu alam sekitar kita.

“Dalam keadaan itu saya menyarankan agar pelajar dan kakitangan memberikan perhatinan terhadap pengkitaran semula sisa bahan makanan serta pembungkusan yang dilakukan agar ia tidak mengganggu alam sekitar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya