PETALING JAYA: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta setelah ditipu kenalan berkaitan urusan membekal produk kecantikan baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa yang merupakan wanita tempatan serta berumur 56 tahun.
“Siasatan awal mendapati mengenali mangsa dan kedua-dua mereka berkenalan sejak 2010.
“Siasatan mendapati suspek sebelum itu membuat tempahan produk kecantikan daripada syarikat mangsa sejak 2020 yang berjumlah RM1.2 juta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, menurutnya, setelah penghantaran dibuat, suspek tidak membuat sebarang bayaran kepada mangsa.
“Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami kerugian sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
“Kertas siasatan bagi kes ini dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan pelbagai trend penipuan masa kini.
“Orang ramai diingatkan agar membuat semakan terlebih dahulu dengan agensi berkaitan sebelum melakukan sebarang urusan jual beli,” katanya.- UTUSAN