Penduduk Kg. Gembut mahu jalan dinaik taraf - Utusan Malaysia

Penduduk Kg. Gembut mahu jalan dinaik taraf

MUHAMMAD Iffat Asmadi menunjukkan jalan utama di Kampung Gembut yang dinaiki air setiap kali banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Penduduk Kampung Gembut, di sini berharap jalan utama di kampung itu yang sering terjejas dan mengakibatkan penduduk terputus hubungan dengan kawasan lain setiap kali banjir dapat dinaik taraf.

Ketua Kampung Gembut, Muhammad Iffat Asmadi berkata, setiap kali banjir melanda, penduduk tidak dapat ke kawasan bandar dan tempat kerja kerana laluan sepanjang 150 meter itu akan ditutup bagi kenderaan ringan atas faktor keselamatan.

“Biasanya banjir berlaku jika hujan lebat bertembung dengan air pasang ditambah air dari bukit kerana kampung ini merupakan kawasan rendah dan laluan utama dinaiki air sehingga menyebabkan kenderaan ringan tidak boleh lalu.

“Air dari bukit juga menyebabkan kawasan kebun dipenuhi air sebelum melimpah ke jalan tersebut. Arus yang kuat menyebabkan ia berisiko bagi kenderaan melaluinya, “ katanya kepada Utusan Malaysia.

Pihaknya juga telah memohon agar jalan berkenaan dapat ditinggikan supaya kenderaan ringan boleh melalui laluan itu walaupun dilanda banjir.

“Ada juga rumah penduduk yang tidak dinaiki air tetapi disebabkan laluan itu banjir maka mereka tidak dapat bekerja.

“Keadaan itu juga menyukarkan untuk penduduk mahu mendapatkan barangan keperluan dari bandar. Sudah tiba masanya ada kaedah untuk masalah ini diatasi,” katanya.

Muhammad Iffat berkata, masalah banjir telah berlaku sejak kampung itu dibuka pada tahun 1968 kerana faktor kawasan kampung yang terletak berhampiran sungai.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya