Pendekatan pragmatik kunci utama kendali hubungan global yang kompleks

Pendekatan pragmatik kunci utama kendali hubungan global yang kompleks

ANWAR Ibrahim dijadualkan menyampaikan ucaptama bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland hari ini. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru dilantik akan membuat pendekatan ‘secara pragmatik’ dalam mengemudi hubungan antarabangsa yang kompleks.

Katanya, ia terutama dalam konteks penglibatan Malaysia dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, sekali gus adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.

“Saya tidak berpeluang untuk bertemu dengan Presiden (Amerika Syarikat) Donald Trump, namun daripada apa yang saya dengar mengenai pengumuman-pengumuman yang dibuatnya, saya rasa beliau akan menjadi sangat pragmatik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi ‘Country Strategy Dialog’ yang dikendalikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, di luar Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.

Dalam masa yang sama, Anwar yakin bahawa Presiden Amerika itu pasti sedar dengan kepentingan untuk saling bergantung antara negara meskipun pengumuman Trump menimbulkan kebimbangan di tengah-tengah globalisasi.

“Saya rasa beliau juga tahu mengenai kepentingan Amerika Syarikat, dengan saling bergantung antara negara, dan beliau perlu untuk melihat banyak kepentingan di luar, termasuk China,” katanya.

Sehubungan itu Anwar berkata, Malaysia telah mengorak langkah besar dalam menampilkan diri sebagai rakan kongsi yang dipercayai dengan China, manakala Amerika Syarikat kekal sebagai rakan kongsi yang sama penting kerana secara kumulatif ia kekal sebagai pelabur terbesar di Malaysia.

Anwar juga menyuarakan keyakinan terhadap kerjasama masa depan, dan menggesa syarikat-syarikat Amerika untuk melabur lebih banyak di Malaysia.

“Jika gergasi teknologi seperti Intel boleh menubuhkan pusat kecemerlangan Pulau Pinang, tidak ada sebab pihak lain tidak boleh mengikut jejak langkahnya. Sebagai sebuah negara perdagangan, pendekatan Malaysia sentiasa pragmatik,” katanya.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang sedang membangun, dengan ekonomi yang bergantung kepada perdagangan, Malaysia perlu bersahabat dengan banyak negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya