KLUANG: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah mempersoalkan ciapan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi akaun laman sesawang Facebook semalam.
Syed Hussein berkata, ciapan dimuat naik Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat berupa sindiran kepada seseorang bergelar pemimpin namun tidak diketahui kepada sesiapa ia ditujukan.
Katanya, selepas mengamati ciapan tertulis ‘”Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelor sebijisebiji, disergah biawak digadai reban’. Timbul persoalan siapakah biawak yang dimaksudkan.
“Samada Yang Dipertuan Agong atau Polis DiRaja Malaysia, jika betul ia merupakan kepada institusi berkenaan kerana mengumpamakannya dengan haiwan semata-mata mahu meraih sokongan melalui politik murahan.
“Justeru, saya menggesan beliau (Ahmad Fadhli) memberikan penjelasan kepada siapa ciapan itu ditujukan,” katanya melalui ciapan balas dalam laman yang sama.
Syed Hussein yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota berkata, umum sedia maklum bahawa Istana Negara sudah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa peluang untuk memohon rayuan masih terbuka dan boleh di lakukan semula.
Tulisnya lagi, Sebagai rakyat negara ini seharusnya berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara dengan dua daripada Lima prinsipnya iaitu “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara” serta “Kedaulatan Undang-Undang”
“Jangan samakan UMNO dengan parti lain yang dahagakan simpati politii hingga sanggup menghasut rakyat untuk tidak menghotmati institusi beraja atau pihak keselamatan negara.
” Satu laporan polis akan dilakukan sekiranya tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh beliau,”katanya.
“Sementara itu, dalam ciapan balasnya, Ahmad Fadhli berkata akan memberikan kenyataan siapa “biawak” yang dimaksudkan ketika himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak berhubung isu titah Adendum pada 6 Januari (esok). – UTUSAN