Pemuda maut motosikal bertembung kereta dipandu lelaki positif dadah

Pemuda maut motosikal bertembung kereta dipandu lelaki positif dadah

KEADAAN kereta yang terlibat kemalangan di Kilometer 59, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Keroh, Kuala Krai, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dipandu lelaki positif dadah di Kilometer 59, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Keroh di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan dari arah Machang menghala ke Kuala Krai.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya. Situasi itu menyebabkan kereta berkenaan bertembung dengan motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa yang berada di laluan bertentangan.

“Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, saringan awal saringan air kencing mendapati, pemandu kereta itu positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, siasatan lanjut turut mendapati, nahas dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta itu yang memotong kenderaan di depannya sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian penunggang motosikal

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya