Pemimpin, ahli UMNO tanggung akibat sendiri jika sertai Himpunan Solidariti Najib - Utusan Malaysia

Pemimpin, ahli UMNO tanggung akibat sendiri jika sertai Himpunan Solidariti Najib

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Pemimpin dan ahli UMNO yang masih mahu menyertai perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok di Putrajaya perlu menanggung risikonya sendiri.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO kekal dengan pendirian untuk tidak menyertai perhimpunan solidariti tersebut.

“Kalau (ada) individu (yang hadir ke perhimpunan solidariti itu), kita serahkan kepada mereka untuk mengambil risiko (sendiri).

“Kita harap tidak ada penganjur-penganjur daripada mana-mana bahagian atau cawangan (UMNO) yang turut terlibat secara rasmi di perhimpunan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kuali Cafe@Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab persoalan sama ada ahli atau mana-mana pemimpin UMNO yang turun berhimpun akan dikenakan tindakan oleh parti.

Terdahulu, media melaporkan, UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan solidariti bersama Najib, atas prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

Perkembangan ini susulan kenyataan Istana Negara, yang mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan dan undang-undang bagi memohon keampunan atau pengurangan hukuman seseorang banduan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya akur dengan saranan titah agar menghormati kuasa prerogatif Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, himpunan itu tetap diteruskan apabila Pas mengambil keputusan untuk meneruskan himpunan di depan Istana Kehakiman itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya