Pembantu tadika tipu pelaburan tidak wujud RM1.64 juta

Pembantu tadika tipu pelaburan tidak wujud RM1.64 juta

ROZMA Yunus (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas dua pertuduhan menipu dua individu berkaitan pelaburan tidak wujud melibatkan jumlah kerugian RM1.64 juta. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang peLogmbantu tadika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas dua pertuduhan menipu dua individu berkaitan pelaburan tidak wujud melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM1.64 juta.

Tertuduh, Rozma Yunus, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli dan Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas telah didapati menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dan seorang wanita berusia 55 tahun dengan memperdayakan mereka supaya melabur dalam satu pelaburan tidak wujud.

Tertuduh telah dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM1,545,824 dan RM97,800 secara dalam talian ke dalam akaun bank milik tertuduh yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh antara 12 Julai 2017 hingga 1 September 2022 di Kampung Tok Dagang dan Taman Panchor Jaya, Paroi di sini.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi dan Nadia Ezzati Mohd. Zainal.

Terdahulu, Nadia Ezzati menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Februari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya