Pembantu mekanik maut dihempap pemberat getah mesin penghantar

Pembantu mekanik maut dihempap pemberat getah mesin penghantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang pembantu mekanik maut selepas dihempap pemberat getah mesin penghantar (conveyor) semasa sedang bekerja di sebuah kuari di Mukim Jerus, Selising di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang berusia 28 tahun meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat dari kaunter aduan Balai Polis Selising di sini.

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati, seorang lelaki berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa merupakan seorang pembantu mekanik sudah meninggal dunia akibat dihempap pemberat getah mesin penghantar di kuari tersebut.

“Pemeriksaan lanjut tidak menjumpai sebarang unsur-unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya