BENGALURU: Beberapa pelombong dikhuatiri terperangkap di dalam lombong arang batu di kawasan terpencil di timur laut negeri Assam, India, semalam. Sehingga petang semalam, operasi menyelamat masih dijalankan dengan bantuan tentera dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti jumlah sebenar mangsa terperangkap, kata Ketua Pengarah Polis Assam, GP Singh. “Setakat ini, maklumat menunjukkan jumlahnya mungkin dalam satu digit. Pasukan tindak balas bencana negeri (SDRF) dikerahkan,” katanya. Lombong tersebut terletak di kawasan terpencil di daerah berbukit Dima Hasao, Assam. Media tempatan melaporkan, pelombong itu terperangkap akibat banjir. “Kami meminta bantuan tentera dalam operasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya