Pelajar tingkatan empat maut motosikal hilang kawalan di LPT - Utusan Malaysia

Pelajar tingkatan empat maut motosikal hilang kawalan di LPT

MOTOSIKAL dinaiki mangsa terbabas ketika dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Maran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditungganginya terlibat kemalangan di kilometer 210 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.50 malam itu, mangsa, Muhammad Daniel Firdaus Mohd. Sukri, 17, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RSX dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Maran.

“Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian, ketika motosikal ditunggangi mangsa sedang bergerak lurus tiba-tiba dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN