Pekerja kontrak dedenda RM3,000 libas anak saudara dengan mesin rumput

Pekerja kontrak dedenda RM3,000 libas anak saudara dengan mesin rumput

MOHD. Hanafi Ngah diiring polis keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Gara-gara berlaku perselisihan faham dan melibas anak saudaranya menggunakan mesin rumput, seorang pekerja kontrak pembersihan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Hanafi Ngah, 43, mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kecederaan di bahagian dahi pengadu yang berusia 23 tahun dengan melibas wanita itu menggunakan enjin rumput.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Kampung Teluk Kalong pada 22 Disember lalu, kira-kira pukul 4 petang. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Terdahulu, lelaki itu ditahan polis pada Ahad lalu selepas anak saudaranya yang menerima 20 jahitan di dahi membuat laporan polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya