PDRM, Polis Thailand siasat kes rakyat Malaysia ditahan edar dadah di Sungai Golok - Utusan Malaysia

PDRM, Polis Thailand siasat kes rakyat Malaysia ditahan edar dadah di Sungai Golok

Khaw Kok Chin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan polis Thailand bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan seorang rakyat Malaysia bersama dadah dianggarkan bernilai RM120,000 pada 30 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, kerjasama itu termasuk menyiasat kemungkinan dadah berkenaan untuk pasaran dalam negara.

“Lelaki berusia 24 tahun ditahan di sebuah hotel di Sungai Golok kerana kesalahan memilik dadah,” katanya kepada di sini hari ini.

Khaw berkata, siasatan mendapati lelaki terbabit dipercayai aktif menjual dadah di sekitar Sungai Golok.

Media hari ini melaporkan polis Thailand menahan seorang lelaki berasal dari utara tanah air yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

Dalam serbuan di sebuah premis di Pekan Golok itu, polis merampas 1,943 biji pil ekstasi, 1,510 biji pil eramin 5, serta beberapa jenis dadah lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya