PDRM perketat kawalan sempadan, kesan suspek kes bunuh pegawai polis Thailand - Utusan Malaysia

PDRM perketat kawalan sempadan, kesan suspek kes bunuh pegawai polis Thailand

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan pemantauan di sempadan negara bagi mengesan dua suspek dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pegawai kanan polis Thailand di Narathiwat baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sehingga kini, tiada perkembangan terbaharu mengenai keberadaan kedua-dua suspek terbabit.

“Bagaimanapun, pemantauan dan kawalan keselamatan terutama di kawasan sempadan dipertingkatkan bagi menjejaki mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan PDRM berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan laporan yang menyebut dua suspek terbabit berkemungkinan melarikan diri ke Malaysia.

Dua lelaki itu, Abdullah Samok, 30, dan Abdullah Bulat, 40, masing-masing berasal dari daerah Chanae dan Rueso di Thailand, dipercayai bersembunyi di kawasan hutan sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Kedua-dua suspek mempunyai 14 waran tangkap melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan isu keselamatan.

Sehubungan itu, PDRM terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi memastikan dua suspek itu dapat dikesan dan dibawa ke muka pengadilan.

Dalam kejadian pada 14 Januari lalu, mangsa, Leftenan Kolonel Suwit Chuaythewarit, 56, dan anaknya, Senior Sarjan Mejar Dome Chuaythewarit, 35, maut dalam serangan hendap di Narathiwat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya